Impressed with our work? Hire us now!

Bahasa::

HOME
ABOUT
SERVICE
CONTACT

From The Blog

The following are some of the articles about tips and tricks gathered from our blog written in Bahasa Melayu.

10 Alasan Mengapa Anda Perlu Miliki Laman Web Untuk Perniagaan Kecil Atau Besar

Artikel ditulis pada 5 Februari 2015

Ini bukan bermaksud anda memerlukan sebuah laman web yang rumit dengan fungsi animasi yang canggih dan pelbagai dengan kos pembinaan berpuluh ribu ringgit. Sebahagian perniagaan hanya memerlukan laman web yang asas sahaja supaya perniagaan mereka tersenarai di enjin carian utama seperti Google dan ia juga dapat memudahkan bakal pelanggan mengenali produk atau perkhidmatan yang disediakan. Berikut 10 alasan kenapa anda perlu memiliki laman web untuk perniagaan anda tak kira besar atau kecil.

Baca selanjutnya...

1. Meningkatkan Kredibiliti

Semakin ramai pengguna melayari internet untuk mencari produk atau perkhidmatan secara online. Tanpa laman web, pelanggan yang berpotensi akan pergi ke pesaing lain. Ini termasuk pekerja, staf atau eksekutif procurement di syarikat-syarikat dan jabatan kerajaan yang ditugaskan mencari pembekal-pembekal perkhidmatan berkaitan. Era "Yellow Pages" mungkin sudah boleh dianggap berlalu kerana berjuta-juta jenis servis tersedia di hujung jari melaui enjin carian di internet. Dengan memiliki laman web yang professional dengan sendirinya akan memberikan inspirasi dan keyakinan kepada pelanggan anda untuk mendapatkan servis anda.

2. Tidak Perlu Premis Khusus

Bagi yang berniaga dan beroperasi dari rumah dan tidak ada premis kedai untuk menggantung papan tanda di luar premis, dengan memiliki laman web sudah memadai untuk menceritakan segala jenis perkhidmatan yang anda sediakan. Tugas anda cuma perlu membuat strategi pemasaran secara online setiap hari supaya perkhidmatan anda dapat diperkenalkan.

3. Menjimatkan Kos

Ramai yang fikir kos membina laman web atau mengupah designer akan memerlukan belanja beribu ringgit tapi ia sebenarnya hanya sekali berbanding dengan kos pengiklanan di akhbar dan majalah yang menelan kos beribu ringgit hanya untuk satu kolum kecil bersaiz 1 atau 2 inci persegi.

4. Maklumat Sentiasa Tersedia - Boleh Diakses Bila-Bila Masa

Berbanding iklan di akhbar yang hanya disiarkan dalam masa sehari atau sebulan sahaja untuk majalah, laman web menyediakan tapak pengiklanan secara berterusan selama 24jam sehari 7 hari seminggu 365 setahun sehingga bertahun-tahun selagi akaun anda aktif. Pelanggan berpotensi akan dapat mengkaji semula produk/servis anda walaupun waktu beroperasi sudah ditutup dan selepas pukul 12 malam. Gunakan laman web anda untuk mempromosi ikut kehendak anda tanpa ada halangan dengan kos yang murah.

5. Pelanggan Anda Dapat Informasi Sepenuhnya Berkenaan Produk/Servis Anda

Cuba bayangkan laman web anda itu sebagai risalah, brosur atau katalog online. Ia lebih mudah untuk memberitahu pelanggan dengan lebih lanjut tentang produk/servis yang anda sediakan. Jika anda ada produk terbaru, promosi istimewa, atau kemaskini perkhidmatan, semuanya boleh dilakukan melalui laman web. Tidak seperti bahan cetak yang akan luput dalam masa beberapa hari, laman web akan memberikan maklumat terkini dan berita semasa tentang produk/servis anda. :

6. Sasaran Yang Lebih Luas

Jualan melalui laman web membolehkan anda mencapai skop sasaran pelanggan yang lebih luas berbanding menggantung banner atau banting di simpang jalan. Jangan fikir anda tidak boleh menjual produk secara online kerana kereta dan rumah juga dijual secara online.

7. Medium Untuk Menunjukkan Hasil Kerja/Testimoni Anda

Bayangkan anda pernah berurusan dengan pelanggan yang mempunyai nama besar, dan pelanggan ini mampu menaikkan nama syarikat anda kerana mereka dikenali, tapi anda tidak boleh beritahu kepada orang lain melalui kad bisnes anda. Tiada siapa tahu anda pernah berurusan dengan siapa sebelum ini atau siapa pelanggan 'ternama' yang pernah menggunakan perkhidmatan anda. Laman web adalah medium yang terbaik untuk menunjukkan testimoni dan porfolio anda.

8. Menjimatkan Masa

Menyediakan maklumat yang lengkap kepada pelanggan memerlukan masa sama ada di telefon, melalui temujanji, atau melalui emel. Dengan segala jenis maklumat ada di laman web anda, dari jenis perkhidmatan, portfolio, testimoni, anda cuma perlu berikan link kepada bakal pelanggan anda dan biar mereka lihat sendiri dan cari maklumat yang mereka mahukan yang terkandung di laman web. Ia menjimatkan masa anda.

9. Mengurangkan Risiko Kehilangan Pelanggan Setia

Pelanggan yang pernah mendapat kad bisnes anda mungkin terlupa letak di mana dan mungkin kad anda sudah hilang atau dibuang ke tong sampah. Telefon yang ditukar baru mungkin menyebabkan nombor anda di dalamnya turut sama terpadam terus dari senarai contact mereka. Tapi mereka mungkin ingat nama atau alamat laman web anda atau mungkin hanya menaip nama web anda di enjin carian, mereka akan perolehi semula nombor telefon dan semua maklumat tentang perniagaan anda. Ini memudahkan pelanggan anda mencari di mana untuk menghubungi anda.

10. Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tidak banyak beza dengan nombor 1 di atas, dengan segala maklumat seperti alamat perniagaan, nombor telefon, emel, terpampang di laman web, ia meningkatan keyakinan pelanggan bahawa perniagaan anda adalah suatu yang serius dan bukan perkhidmatan ala-kadar. Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, pelanggan akan mudah untuk mencari di mana anda dan boleh mengambil tindakan undang-undang jika mereka tidak mendapat perkhidmatan seperti apa yang anda janjikan. Yang penting, anda perlulah mengambil langkah untuk memastikan setiap yang dijanjikan ditunaikan.

Sedikit Tips Berkenaan Trend Pengguna Hari ini

Kebanyakan pengguna akan menganggap anda memiliki laman web untuk perniagaan anda kerana dunia hari ini telah dikuasai oleh internet. Apabila mereka mencari produk atau perkhidmatan yang anda sediakan di enjin carian seperti Google dan Yahoo, mereka amat berharap ia boleh didapati di internet supaya mudah untuk mereka membuat perbandingan dan membuat keputusan. Pengguna akan pergi kepada pembekal lain jika informasi tentang produk anda tidak boleh diperolehi dari internet.

Gunakan format pemasaran secara intensif. Laman web secara sendirinya tidak begitu berkesan jika ia tidak diperkenalkan atau dihebahkan sama ada melalui rangkaian media sosial atau memuatkan alamat laman web di setiap bahan yang anda cetak seperti kad bisnes, flyers, invois, resit dan sebagainya. Gunakan setiap peluang pemasaran yang ada untuk memberitahu orang ramai tentang laman web anda. Banner dan banting yang tiada alamat web mengurangkan potensi pelanggan mencari anda secara online. Hari ini, ramai orang membiarkan pakej data internet mereka sentiasa dibuka 24 jam sehari kerana komunikasi melalui Facebook dan Whatsapp memerlukan mereka sentiasa online.

Tutup.

2015: Tamatnya Riwayat Animasi Flash?

Artikel ditulis pada 25 Januari 2015

Masuk ke era 2015, boleh dikatakan zaman gelap untuk animasi Flash untuk kegunaan laman web. Ramai web designer dan developer sudah tidak menggunakan Flash presentation untuk menghiasi laman web, sebaliknya digantikan dengan JQuery atau Javascript yang lebih mudah dan ringan.

Baca selanjutnya...

Berikut antara alasan kenapa anda perlu menjauhkan diri dari penggunaan Flash untuk laman web:

1. Muat Turun Yang Perlahan

Untuk sambungan internet 3G, kandungan Flash mengambil masa yang agak lama sebelum semua kandungan selesai dimuat turun ke paparan skrin pengguna. Masa menunggu yang terbazir mendorong pelawat membatalkan melihat laman web anda dan mencari info yang serupa di laman web lain yang lebih pantas. Ini meninggalkan anda jauh ke belakang dari segi trafik.

2. Flash tidak mesra kepada SEO

Berbanding kandungan bahan lain yang boleh tersenarai sebagai index di enjin carian, Flash tidak begitu. Ia menutup semua ruang dan peluang yang tersedia kepada enjin carian untuk mencari kandungan di dalamnya. Maka pelawat atau bakal pelanggan tidak akan menemui laman web anda di dalam enjin carian sekiranya menggunakan Flash sepenuhnya.

3. Sukar Dikemaskini

Berbanding laman CMS atau html yang standard, laman flash memerlukan developer sendiri untuk mengemaskini maklumat terbaru di dalam laman web. Pemilik mungkin tidak mengerti atau tiada pengetahuan langsung dalam hal programming oleh itu terpaksa membayar setiap kali mahu mengemaskini info terbaru.

4. Tidak Mesra Peranti Mobile

Di era jumlah pengguna smartphone sudah mengatasi pengguna komputer, Flash pula menoleh ke belakang kerana kandungannya tidak boleh dipaparkan melalui skrin kebanyakan jenis smartphone yang ada di pasaran ketika ini termasuk sistem Android dan iOS.

5. Memerlukan Pelawat Melakukan Tugas Extra

Untuk komputer yang tidak selalu update perisian, mereka perlu update Flash Player terlebih dahulu sebelum dapat melihat kandungan di laman web yang menggunakan Flash. Kebiasaannya, anda akan melihat info tambahan seperti berikut dipaparkan di laman web:

"Flash Player required to view our website. Click here to install the plug-in".

Jangan harap pelawat akan mengikut arahan anda supaya install plug-in terentu untuk melihat laman web anda. Notis ini biasanya berakhir dengan pelawat menutup website anda dan pergi ke website lain. Ini amalan yang tidak sesuai dalam memperkenalkan produk atau perniagaan anda.

6. Adobe Berhenti Membangunkan Flash Dan Beralih Kepada Html5

Pemilik berlesen kandungan Flash, Adobe Flash sendiri telah mengumumkan berhenti dalam R&D kandungan Flash dan beralih kepada Html5, kenapa anda masih mahu menggunakan?

Kini dengan kehadiran Html5, walaupun masih baru dan masih dalam penambahbaikan, ia telah membuktikan mampu setanding seperti apa yang dibuat oleh Flash. Anda sudah boleh ucap Selamat Tinggal kepada animasi Flash dalam pembangunan laman web.

Tutup.

Pregnancy Photoshoot

Artikel ditulis pada 17 Januari 2015

Pada awal tahun 2015, saya diberi kepercayaan untuk mengambil foto "pregnancy" oleh bekas customer saya. Setelah hampir 10 tahun dalam bidang fotografi, ini adalah kali pertama saya mendapat peluang mengambil foto pregnancy. Mulanya saya cadangkan buat sessi indoor sama ada di hotel atau lokasi tertentu, tapi dia memilih untuk buat di lokasi outdoor. Setelah lama berbincang tentang lokasi, saya cadangkan lakukan sessi di tepi pantai. Pasangan ini setuju dan tetapkan tarikh.

Baca selanjutnya...

Oleh kerana ini kali pertama dan belum ada pengalaman mengambil foto untuk tema sebegini, saya buat sedikit research bagaimana untuk mendapatkan hasil yang bukan saja menarik, malah yang lebih utama ialah bagaimana untuk emphasize subjek itu sendiri - pasangan yang sedang menanti kelahiran anak sulung mereka!Ini merupakan cabaran yang baru bagi saya.

Begitulah selalunya, saya akan study untuk setiap perkara baru sebelum melakukan tugasan sebenar. Saya tonton beberapa video di Youtube dan lihat foto-foto yang diambil oleh jurufoto luar negara untuk mendapatkan inspirasi. Saya akui bukan semuanya sesuai dengan budaya kita, tapi saya percaya idea-idea dari luar lebih mantap jika ditiru dan tiada siapa dari kalangan jurufoto tempatan boleh mendakwa saya cedok idea dari mereka. Lebih selamat dan tidak menyakitkan hati sesiapa, kan! Dari sana, saya dapat idea dari segi pose, pakaian, aksesori dan sebagainya. Begitu juga dari segi emosi yang ditonjolkan melalui riak wajah, ini semua memainkan peranan dan tidak boleh diambil ringan. Foto bersama suami lebih berkesan dan boleh memberi makna yang lebih mendalam kepada pelanggan dan keluarga mereka.

Foto pregnancy sangat berbeza dari foto perkahwinan. Ia lebih banyak menampilkan ciri-ciri intimate dan romantik pasangan. Untuk foto perkahwinan, anda boleh saja selitkan elemen humor, jenaka dan sebagainya. Bagi foto pregnancy, ia tidak berapa sesuai. Yang lebih utama ialah emosi melalui riak wajah si isteri yang sedang mengandungkan bayi.

Tutup.

Font Tebal, Segi Empat Rata & Margin Luas Jadi Trend 2015

Artikel ditulis pada 12 Januari 2015

Bagi jurufoto dan designer yang sering mengikuti perkembangan terkini, mereka tentu sentiasa akan pastikan hasil kerja seiring dengan trend terkini dalam bidang rekaan grafik. Jurufoto juga sepatutnya tidak ketinggalan kerana sebahagian pekerjaan mereka turut melibatkan kerja-kerja design - foto yang mereka ambil mungkin dipersembahkan dalam bentuk banner, bunting, flyers, web dan sebagainya. Semua ini melibatkan design. Bagi mereka yang belum pasti, sini saya akan berikan sedikit tips berkaitan trend terkini dalam kerja design.

Baca selanjutnya...

Typography

Untuk penggunaan font type, kini anda boleh ucap selamat tinggal kepada Arial, Helvetica, Georgia, Calibri dan seangkatan dengannya. Termasuk juga penggunaan typekit yang memerlukan kos tinggi dan skrip tambahan dalam penghasilan laman web. Kehadiran Google Font Library telah banyak membantu designer terutama mereka yang tidak punya bajet yang tinggi dalam membina laman web.

Antara font yang menjadi popular ketika ini adalah jenis slab-serif dan script. Font jenis slab-serif telah menjadi kegemaran designer sejak akhir-akhir ini kerana ia meampilkan ciri-ciri yang menonjol . Ia memberikan impak yang lebih jelas. Kerana font slab kebanyakannya bold. Ia digunakan untuk header atau tajuk menunjukkan mesej utama yang hendak disampaikan. Font untuk paragraph pula dibiarkan agak kecil, menunjukkan perbezaan ketara antara header dengan paragraph. Walaupun begitu, font nipis dan halus masih lagi menjadi pilihan sampingan para designer di samping font slab serif.

Margin

Satu lagi trend yang agak begitu ketara sekarang ini ialah berkenaan margin yang luas. Walaupun banyak ruang terbazir dibiarkan kosong (lebih dikenali sebagai white space di kalangan designer walaupun latarbelakang hitam - bukan empty space), margin yang luas nampak lebih exclusive dan lebih memberi keselesaan kepada mata yang memandang. Sebagai contoh, anda boleh lihat sebahagian layout di laman utama web kami menggunakan margin yang luas dengan container untuk paragraph diletakkan di bahagian yang lebih dalam. Margin mengambil ruang hamp[ir 50% dari keseluruhan ruang yang ada. Ia tidak menjadi isu kerana ia memudahkan pengguna atau bakal pelanggan membuat pilihan berbanding ruang yang sempit dan semua maklumat disumbatkan dalam satu ruang yang tiada kelegaan.

Jika anda jurufoto, anda tentu akan fikir tidakkah banyak ruang kosong dalam halaman album akan terbazir begitu saja tanpa dimuatkan foto? Sebenarnya ini adalah trend, mahu ikut atau tidak, anda perlu buat keputusan.

Layout

Di samping margin yang luas, layout yang trending ketika ini lebih kepada bentuk flat atau petak. Ia seolah-olah seperti layout yang anda biasa lihat dalam sistem Microsoft Windows Mobile. Bentuk bucu curve atau mempunyai radius bujur sudah tidak begitu menarik lagi buat masa ini. Antara contoh mereka yang masih tidak mahu berubah - masih menggunakan kotak bucu bujur ialah Twitter. Ia layout yang buruk.

Elemen

Penggunaan elemen floral atau kerawang sudah ketinggalan zaman dan ia hanya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja. Elemen yang lebih popular adalah bersaiz kecil atau mini dalam bentuk icon, arrow atau objek yang lebih ringkas.

Responsive Design

Bagi rekabentuk laman web, anda sudah seharusnya memikirkan berkenaan laman web yang responsive atau lebih baik pulang saja. Laman web yang responsive bermaksud laman web yang hybrid, ia memberi respon atau mengubah display mengikut alat peranti yang digunakan oleh pengguna. Ini disebut sebagai User-friendly interface (UI). Segala content di dalam laman web itu akan memudahkan pengguna melayari setiap menu atau kandungan tanpa perlu membesarkan skrin mereka.

Jumlah pelayar internet di kalangan pengguna smartphone dan tablet hari ini sudah melebihi jumlah pengguna komputer atau notebook. Maka sudah semestinya ia diberi perhatian yang serius. Paparan laman web konvensional sudah tidak sesuai untuk pengguna smartphone. Anda ada pilihan sama ada memiliki 2 versi laman web, satu untuk komputer dan satu untuk peranti mobile, atau satu versi yang boleh memberi respon kepada kedua-dua alat sekaligus.

Begitulah sebahagian trend terkini sama ada anda mahu ikut atau tidak, terpulang kepada diri anda sendiri. Jika anda tidak mahu mengikuti trend, bukanlah menjadi suatu kesalahan. Cuma anda akan dilihat tidak mengikuti arus perdana dan seperti anda tidak mengenrti apa yang sedang berlaku ketika ini.

Sebenarnya trend di atas bukanlah terlalu baru, ia dah mula menjadi hangat sejak beberapa tahun kebelakangan. Dan ia bakal berterusan untuk beberapa tahun akan datang.

Tutup.

Apa Yang Menjadikan Seseorang Jurugambar Itu Bagus

Artikel ditulis pada 20 November 2012

Kali ini saya ingin membincangkan topik yang khusus tentang jurugambar. Ada ramai orang bertanya dan begitu juga forum-forum di laman sosial yang membincangkan isu "apa yang menjadikan anda seorang jurugambar yang bagus". Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini, menghadapi berbagai masalah dan susah payah, berdepan dengan karenah pelanggan yang pelbagai, termasuk pengalaman bekerja sebagai "press photographer", saya pasti telah menemui jawapan untuk soalan di atas. Untuk menilai sejauh mana bagusnya seseorang jurugambar dengan hanya menilai gambarnya, ia tidak cukup untuk memberitahu kita bahawa dia seorang jurugambar yang bagus. Begitu juga jika hendak menilai seseorang jurugambar dengan mengukur tahap pencapaian, trofi dan pingat atau kejayaan yang dicapai juga tidak cukup untuk memberitahu kita bahawa jurugambar itu seorang jurugambar yang bagus atau terbaik.

Baca selanjutnya...

Menilai melalui gambarnya adalah sangat subjektif. Sebahagian 'suka' dengan gambarnya dan sebahagian lain tidak suka. Ia bergantung kepada penilaian individu. Menilai melalui ukuran kejayaan seseorang jurugambar juga tidak cukup melayakkan dia menjadi seorang jurugambar yang baik. Kejayaan juga subjektif. Ada yang berjaya kerana memang sudah ada nama, ada yang berjaya kerana peluangnya sentiasa ada di depan mata. Mengukur melalui jumlah trofi yang diterima tidak membuktikan dia seorang jurugambar yang baik. Pertandingan-pertandingan fotografi yang diadakan selalunya merupakan kesempatan yang terbuka kepada semua orang untuk memenangi hadiah, bukan melayakkan dia menjadi seorang jurugambar yang baik. Jadi untuk menjawab persoalan di atas, saya bahagikan kepada beberapa perkara penting yang perlu ada pada seseorang jurugambar;

Dedikasi

Anda harus bersikap dedikasi. Menghasilkan sesuatu gambar dengan niat untuk memberi pulangan yang baik kepada pelanggannya. Pelanggan akan merasa puas dan berbaloi dengan bayaran yang anda kenakan. Ia bukan semata-mata mahu mengikut gaya (style) kemahuan anda dan menjana keuntungan dari kerja anda. Kemahuan anda hanya syok sendiri. Pelanggan belum tentu suka dengan gaya kerja anda. Kepuasan pelanggan juga penting. Jika anda mengikut kemahuan sendiri dan mahukan keuntungan tanpa mengira kehendak pelanggan, anda tidak boleh menjadi seorang jurugambar yang baik.

Semangat

Kurangnya semangat dalam menghasilkan karya dan mengambil sikap sederhana tidak akan membawa anda ke mana-mana. Semangat adalah sokongan moral yang akan memandu anda untuk terus maju walaupun menghadapi berbagai rintangan dan masalah yang boleh melemahkan matlamat anda.

Sikap ingin tahu

Bermula dari perasaan 'ingin tahu' telah membawa saya ke dalam bidang fotografi. Sejak dari kecil, saya suka melihat gambar-gambar pemandangan yang mempesonakan pada kalendar yang digantung di dinding. Ia membuatkan saya berfikir bagaimana mereka menghasilkan gambar-gambar secantik itu. Kerana minat dan ingin tahu akhirnya saya telah terjun ke dalam bidang fotografi. Begitu juga apabila kita sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, sentiasa tanamkan rasa ingin tahu dalam apa juga subjek yang mendorong kita untuk terus belajar dan bersaing dengan teknologi terbaru.

Mahu memperbaiki kelemahan

Sentiasa mahu memperbaiki kelemahan dalam aspek teknikal. Jadikan diri anda sentiasa boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang anda lakukan sekarang. Ini boleh membawa anda dari menjadi seorang pemerhati kepada seorang peserta. Dari sederhana kepada lebih baik.

Jujur

Anda harus jujur dengan diri sendiri dan pelanggan anda. Jika anda masih tidak mampu dan belum bersedia lakukan sesuatu perkara yang dikehendaki oleh pelanggan, anda harus menawarkan harga yang berpatutan dan jangan kenakan caj yang tinggi tetapi hasil kerja anda tidak seberapa.

Bersikap tabah

Ia mungkin cabaran yang paling sukar dalam semua perkara di atas. Ada jurugambar yang berhenti di sekerat jalan dan tidak berminat lagi untuk menghasilkan karya sendiri mahukan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Anda harus tahu bahawa anda tidak boleh memenangi sesuatu perlumbaan jika anda tidak mencuba.

Tutup.

Memahami Histogram

Artikel ditulis pada 17 November 2012

Salah satu ciri yang amat berguna pada kamera digital tetapi kurang difahami ialah histogram. Belajar menggunakan dengan betul dan memahami histogram kamera anda adalah cara paling mudah untuk memperbaiki exposure gambar yang anda ambil.
Dahulu, orang terpaksa menggunakan meter cahaya (light meter) kemudian melaras setting pada kamera mengikut bacaan cahaya yang diperolehi. Kamera digital hari ini, termasuk jenis point n shoot dilengkapi meter cahaya yang boleh memaparkan graf yang menunjukkan tahap pendedahan. Jadi bagaimana anda membaca graf ini dan memanfaatkan bacaan ini?

Baca selanjutnya...

Apakah yang ditunjukkan dalam graf histogram ini?

Apabila melihat histogram, kita sedang melihat graf tahap cahaya yang hadir dalam imej. Dalam kebanyakan kes ia kelihatan seperti lengkungan, lebih banyak graf ke sebelah kiri, bermaksud imej kurang cahaya (underexposed), lebih banyak ke kanan, bererti imej itu lebih banyak cahaya (overexposed). Kebanyakan kamera digital membenarkan anda menetapkan paparan pratonton untuk menunjukkan imej bersama graf histogram serentak pada skrin sebaik sahaja imej dirakam. Dengan melihat histogram memberitahu anda maklumat dedahan yang lebih tepat berbanding hanya melihat dan mengkaji imej di skrin sahaja. Jika anda pernah melihat jurugambar professional melakukan tugas, apabila melihat di skrin, mereka sebenarnya sedang melihat graf histogram, bukan melihat imej yang diambil semata-mata. Saya juga melaraskan setting pada kedua-dua kamera dslr untuk memaparkan histogram bersama imej sebaik imej dirakam.

Bagaimana Mendapatkan Rupa Graf Histogram Yang Betul?

Sebenarnya tiada jawapan yang tetap. Ada imej yang memang sengaja dirakam dalam keadaan cahaya yang kurang (underexposed) seperti Gambar A dan ada juga imej dirakam sengaja dirakam dalam keadaan cahaya yang terang (overexposed) seperti Gambar B. Ia bergantung kepada keadaan dan jumlah cahaya sekitar yang terdapat pada ketika itu. Perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah bahawacara kamera digital bertindak balas berbeza dari filem. Butiran (detail) pada filem akan hilang dalam bayang-bayang (shadow) apabila sengaja dilaras secara underexpose manakala digital akan kehilangan detail dalam cahaya terang (highlights). Oleh sebab sensor kamera digital bertindak balas dengan cara begini, kita perlu pastikan melaras setting yang sesuai selepas melihat histogram.

Jika kamera DSLR boleh digunakan dalam mode Auto sepenuhnya, mengapa saya perlu belajar tentang histogram?

Sudah tentu perlu. Untuk menjadi mahir menggunakan kamera anda, anda perlu tahu bagaimana menggunakan mode Manual dan mode kreatif seperti Aperture Priority dan Shutter Priority. Light meter pada kamera hanya memberitahu anda bacaan cahaya sahaja tetapi tidak membantu anda mendapatkan imej kreatif seperti yang anda mahukan. Ianya bergantung kepada situasi. Jika dalam keadaan cahaya yang terang tetapi anda mahu menghasilkan imej yang underexposed, anda perlu melaras tetapan pada kamera secara songsang. Dalam hal ini, histogram akan membantu anda mempelajari maklumat cahaya yang ada di sekitar. Histogram juga memberitahu anda zon-zon yang kehilangan detail dengan menunjukkan kawasan berkelip-kelip di dalam imej pada skrin kamera. Anda bernasib baik jika mempunyai kamera jenis terbaru yang menunjukkan histogram RGB. Ia mempunyai meter lebih tepat kerana histogram asas hanya menunjukkan nilai keseluruhan, histogram RGB pula boleh menunjukkan kepada anda jika satu warna tertentu tidak terdedah dengan betul. Jika kamera anda mempunyai pilihan RGB, pastikan anda mengaktifkan histogram RGB ini. Kelebihan ciri-ciri ini dalam kamera baru dapat membantu anda mempelajari dengan cepat penggunaan tetapan kamera dan sebagai panduan untuk mengenali tahap cahaya di kawasan-kawasan yang kehilangan detail dan akhirnya anda dapat menghasilkan imej-imej dengan dedahan yang betul.

Tutup.

Panduan Menggunakan ISO

Artikel ditulis pada 7 November 2012

Di era penggunaan filem negatif, ASA adalah petunjuk tahap sensitiviti filem itu terhadap cahaya. Kebanyakan dari kita hari ini tentu masih ingat dan pernah lihat filem negatif seperti Kodak atau Fujifilm datang dengan maklumat sensitiviti sama ada 100, 200 dan 400.
Masa zaman bermain dengan 'kamera tikam' dulu, saya tak tahu pun apa maksud nombor-nombor ini. Yang sering saya beli ialah tahap 200. Tak tahu kenapa, tapi pernah tanya kat apek kedai 'cuci' gambar tu, katanya kalau 200 atau 400, gambar akan 'terang'. Mungkin sebab itu agaknya saya suka beli filem 200.
Baca selanjutnya...

Bermula era digital dan kali pertama memiliki DSLR pada tahun 2004, setelah membaca buku manual pengguna barulah saya tahu apa maksud nombor-nombor dalam gandaan seratus itu. Yang dah pernah guna kamera SLR filem tentu sudah lama tahu, tapi malangnya saya baru mengerti...! ISO menggantikan istilah ASA untuk zaman filem negatif. Bezanya, ISO digunakan untuk tahap sensitivit sensor kamera digital hari ini. Sensor kekal di dalam kamera dan tahap sensitivitinya boleh diubah untuk setiap gambar yang akan diambil manakala filem perlu ditukar kalau anda ingin menukar dari tahap 100 kepada 200. Kewujudan teknologi digital hari ini telah banyak memberi kemudahan khasnya kepada jurugambar. Anda tidak lagi menghadapi masalah kehabisan filem, apa yang anda perlukan ialah sekeping memory card yang boleh menyimpan ribuan gambar di dalamnya, malah jika anda tidak berpuas hati dengan gambar yang anda ambil, anda boleh membuangnya (delete) dengan menekan beberapa punat pada kamera. Berbalik kepada topik ISO, ia sebenarnya bukanlah suatu amat diperlukan untuk kamera jenis DSLR. ISO menambahkan noise. Apabila ISO ditinggikan, terdapat bitik-bintik kecil pelbagai warna pada seluruh imej anda yang mencacatkan gambar. Walaupun hari ini sudah ada kemajuan dalam teknologi mengurangkan noise dalam ISO yang tinggi, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ia teknologi palsu dan tidak asli. Bagi saya, ia hanya membantu apabila dalam keadaan terdesak. Sebolehnya, kekalkan tahap ISO yang rendah dari 100, 200, 400, 800 sahaja. ISO setinggi 10,000 ke atas adalah mengarut. Anggap saja ISO adalah pilihan terakhir apabila anda tidak ada kaedah lain untuk mendapatkan cahaya yang secukupnya terhadap subjek yang anda ambil. Sebelum kita cuba menekan butang ISO, cuba tanya diri kita sendiri beberapa soalan di bawah: adakah cahaya sekitar cukup untuk menerangi subjek? sudahkah anda cuba gunakan tripod? adakah anda mahu gambar yang berkualiti tinggi dan sharp? adakah anda gunakan speedlight? adakah subjek anda sentiasa bergerak atau pegun? Jika cahaya sekitar sudah cukup terang untuk menerang subjek, apa perlu anda tinggikan ISO. Laraskan shutter speed atau aperture yang terdapat pada kamera anda. Jika aperture yang besar dan shutter speed yang perlahan masih tidak membantu menambah cahaya untuk subjek anda, gunakan tripod terlebih dahulu sebelum menaikkan ISO. Penggunaan tripod membantu anda menangkap imej dalam keadaan tidak cukup cahaya dengan mengurangkan lagi kelajuan shutter ke tahap kamera tidak boleh dipegang dengan tangan yang tak stabil. Jika ketiga-tiga kaedah di atas masih tidak mencukupi, walhal anda mahukan gambar yang berkualiti dan imej yang tajam, lupakan saja ISO. Gunakan external flash atau speedlite. Jika anda seorang yang tidak gemar kepada cahaya artificial pada gambar yang anda ambil, maka pada waktu inilah baru saya sarankan anda naikkan ISO. Terdapat beberapa situasi yang memaksa anda menaikkan ISO. Antara situasi itu adalah subjek yang bergerak dalam cahaya kurang seperti: acara sukan di stadium tertutup, konsert, majlis indoor muzium atau galeri yang tidak membenarkan penggunaan cahaya flash, Ermmmm....saya ada sebut pasal 'internal flash' tak....? Takde kan...! Kalau anda pengguna DSLR, gamkan terus internal flash supaya ia tak pop-up (jangan buat betul-betul dah la...). Kewujudan internal flash atau built-in flash pada kamera jenis DSLR adalah sesuatu yang memalukan. Kalau anda suka gunakan built-in flash, lebih baik anda beli kamera compact saja...tak perlu membazir wang membeli DSLR. Saya tak pernah gunakan built-in flash untuk mengambil gambar.

Tutup.

5 Tips Menghasilkan Logo Yang Efektif

Artikel ditulis pada 24 Oktober 2012

Kali ini saya nak tulis sikit tips macamana nak hasilkan logo yang berkesan dan mampu menjadi suatu jenama yang popular dan disukai ramai. Sebagai graphic designer, tentu sebahagian besar dari anda pernah diminta menghasilkan logo syarikat atau organisasi tertentu. Saya juga pernah diminta menghasilkan beberapa logo untuk syarikat-syarkat kecil.

Berikut 5 tips untuk menghasilkan logo yang berkesan.

Baca selanjutnya...

Minta Ambil Gambar Cuma 1 Roll?

Artikel ditulis pada 19 Oktober 2012

Kali ni saya nak cerita sikit sebahagian pengalaman yang pernah saya lalui apabila berdepan dengan kehendak pelanggan. Pengalaman ini taklah seteruk mana, tapi saya cuma nak beri sedikit gambaran tentang karenah pelanggan yang sering dihadapi oleh jurugambar hari ini.
Setiap orang perlu sabar dengan karenah pelanggan. Begitu juga saya. Saya tak bermaksud menyalahkan pelanggan sebab saya tahu pelanggan tidak mengerti apa yang mereka minta sebenarnya.

Baca selanjutnya...

Sebelum ini saya dah beberapa kali diminta untuk mengambil gambar pakej 1 roll. Semua permintaan itu saya tolak. Bukan sebab tamak dan hanya mahu ambil job yang besar-besar saja. Bagi setiap jurugambar, masa itu bukan saja emas - malah ia bermakna kepenatan. Penat di sini bermaksud menggunakan tenaga dan segala kreativiti termasuk kos-kos penggunaan peralatan dan masa. Jurugambar terpaksa menggunakan jumlah masa dan tenaga yang sama untuk menyiapkan produk gambar 3 roll untuk menghasilkan gambar yang hanya berjumlah 1 roll. Bayangkan jika pada hari yang sama ada pelanggan lain minta dia mengambil gambar untuk pakej storybook yang berharga lebih seribu ringgit! Dia terpaksa tolak kerana dah ditempah untuk ambil gambar hanya 1 roll! Berapa kali ganda kerugian yang terpaksa ditanggung oleh jurugambar berkenaan?

Setahu saya, tak pernah dengar mana-mana jurugambar yang terima job 1 roll. Memang tak ada yang sanggup.

Sesetengah pelanggan beri alasan 1 roll itu hanya untuk majlis nikah dan doa selamat atau majlis malam berinai saja. Untuk majlis resepsi, mereka dah mengupah jurugambar lain. Bagi saya, tidak kira apa alasan pelanggan, ia tetap tak boleh diterima.

Perkara sebegini boleh berlaku kemungkinan berpunca dari beberapa kesilapan dan kelemahan pelanggan itu sendiri. Kemungkinan mereka tak prepare dari awal. Kenapa mereka tak upah jurugambar yang sama untuk seluruh majlis dari akad nikah sampai majlis resepsi? Atau pelanggan mahu jimatkan kos dan hanya sanggup bayar untuk gambar-gambar resepsi saja dan menganggap majlis nikah itu tak penting dan tak perlu gambar? Kemudian di saat-saat akhir mereka baru sedar betapa pentingnya majlis pernikahan lalu cuba mencari jurugambar lain menjadi bidan terjun untuk cover majlis nikah? Atau mereka menganggap membayar 2 orang jurugambar untuk 2 jenis acara berlainan lebih jimat dari bayar seorang untuk seluruh acara?

Meminta seseorang jurugambar mengambil gambar sebanyak 1 roll samalah seperti memandang rendah profession jurugambar. Masa dan kudrat yang digunakan hampir sama saja dengan mengambil gambar untuk seluruh majlis. Keuntungannya pula kecil.

Cuba anda lihat kos-kos untuk 1 roll seperti di bawah:

1 keping gambar saiz 4R = 40 sen
36 keping = RM14.40
1 keping 8R = RM8.00
1 album sticky = RM35.00
Jumlah = RM57.40

Itu belum termasuk masa yang diluangkan, kos minyak petrol atau tol jika ada, upah edit gambar, upah menyusun gambar ke dalam album dan sebagainya. Jika pelanggan menganggap bayaran untuk mengambil gambar 1 roll semurah harga mencetak gambar, mereka silap. Ia sepatutnya lebih mahal dari harga 3 roll. Ada yang menjangkakan mereka mungkin cuma perlu bayar antara 50 ke 100 ringgit untuk 1 roll tapi itu tak benar sama sekali. Mereka tak peduli masa dan tenaga yang digunakan oleh jurugambar. Tiada jurugambar yang sanggup terima untung bersih sebanyak RM20 ke RM30 untuk sepanjang hari atau sepanjang acara berlangsung.

Antara kos yang membuatkan harga pakej meningkat ialah kos masa - masa mengambil gambar dan masa diluangkan untuk membuat editing.

Macam saya, upah editing untuk album sticky sekurang-kurangnya RM200 dan untuk album storybook sekurang-kurangnya RM400 sebuah. Jika masa untuk editing saja dah RM200, bagaimana nak caj untuk 1 roll dengan harga bawah RM100? Harga pakej paling biasa hari ini ialah antara 600 ke 700 ringgit untuk 3 roll.

Terma roll ini pun sebenarnya orang tak pakai lagi. Saya guna jumlah gambar, bukan ikut roll. Sekarang hampir semua jurugambar guna kamera digital. Memang dari segi kos operasi, ia lebih jimat dari menggunakan negatif filem. Tetapi kos itu berpindah pula kepada editing. Kalau zaman filem, macam mana nak edit sekeping gambar dalam segulung negatif sebelum diproses? Ada kaedah tertentu tapi ia sangat rumit. Penggunaan perisian komputer telah meningkatkan kos operasi jurugambar yang kini terpaksa bertindak sebagai editor pula. Sebahagian jurugambar terpaksa menghadiri kursus-kursus tertentu untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

Oleh itu, saya menyeru kepada bakal-bakal pengantin, pelanggan atau sesiapa saja yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, janganlah minta mereka melakukan tugas tak berbaloi dengan tenaga dan kreativiti yang dicurahkan dengan minta 1 roll saja. Kalau nak juga, kenalah bayar lebih kerana dalam terma perniagaan, jika anda beli banyak, anda dapat harga lebih murah - kalau beli sedikit, tentulah lebih mahal.

Oleh itu jika ada yang minta buat 1 roll, harga minimum yang saya cadangkan ialah RM500.

Tutup.

10 Kesilapan Memilih Jurugambar Yang Boleh Menghancurkan Kenangan Hari Bahagia Anda

Artikel ditulis pada 13 Oktober 2012

Berikut adalah 10 kesilapan yang sering dilakukan pasangan pengantin sama ada sengaja atau tidak dalam pertaruhan untuk mendapatkan khidmat jurugambar yang akhhirnya membuatkan kenangan di hari bahagia menjadi kenangan terburuk pernah dilalui dan membuatkan mereka menyesal seumur hidup


Baca selanjutnya...

1. Tidak Berhati-Hati Memilih Jurugambar

Sebelum mengupah seseorang jurugambar, ambil masa untuk melihat portfolionya. Seseorang jurugambar pasti ada portfolio sama ada album contoh, laman web, blog atau sekurang-kurangnya Facebook. Sesudah berpuas hati melihat contoh gambar-gambarnya, bolehlah membuat tempahan. Jika dia tiada pengalaman dan kemahiran dalam bidang fotografi, anda akan menyesal kemudian.

2. Tiada Konsep Rekabentuk Album

Di era fotografi digital hari ini, jurugambar bukan semata-mata jurugambar seharusnya dia juga mempunyai kebolehan dalam seni reka. Yang penting, anda perlu melihat konsep rekabentuk bagaimana yang anda gemari. Ada yang gemarkan rekabentuk klasik, ada pula yang suka moden kontemporari. Klasik biasanya banyak menggunakan elemen bunga kerawang, teks sastera dengan typeface serif dan damask serta warna-warna alam semulajadi manakala yang moden kelihatan minimalism dengan penggunaan elemen garis lurus, typeface San-serif serta warna-warna yang neutral, hitam dan putih. Bagaimanapun, tidak salah mencampur-adukkan mana-mana elemen ke dalam salah satu konsep asalkan ia disesuaikan dengan baik. Hari ini ramai designer menggunakan typeface serif ke dalam album berkonsep moden. Pastikan designer anda mengaplikasikan konsep agar album anda tidak jadi seperti buku mewarna kanak-kanak sekolah .

3. Tidak Berbincang Dengan Jurugambar Sebelum Acara

Sangat penting untuk berbincang dengan jurugambar setiap perkara berkaitan majlis perkahwinan anda. Pastikan dia faham apa yang anda mahukan. Jika ada sesuatu permintaan khas, beritahu dia. Begitu juga jika ada perkara yang anda tidak mahu dirakam di dalam gambar. Anda pasti tidak mahu sesuatu yang mengecewakan berlaku pada hari istimewa itu.

4. Tidak Senaraikan Permintaan (To-Do-List)

Jika anda ada beberapa pose atau scene mengikut citarasa anda, contohnya gambar yang nampak romantis atau gaya tersendiri, nyatakan kepadanya. Jika anda ada contoh di dalam majalah atau laman web, tunjukkan kepadanya. Dia sepatutnya akan senaraikan kehendak anda dan akan pastikan ia berlaku pada hari perkahwinan.

5.

Hanya Gambar Formal

Setiap album perkahwinan sudah pasti ada gambar formal seperti gambar keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan di atas pelamin. Tetapi ia tidak berakhir di situ saja. Gambar-gambar formal agak membosankan.Anda perlu ada gambar-gambar yang menceritakan suasana pada hari itu bermula dari awal hingga akhir yang menunjukkan kemeriahan majlis, gambar-gambar makro untuk hantaran serta dekorasi, serta gambar-gambar yang diambil secara tidak disedari (candid). Adalah lebih baik zoom ke dalam objek yang lebih kecil pada satu barang hantaran daripada mengambil gambar penuh hantaran itu. Ia akan memberikan effect focus-blur pada gambar hantaran dan memberi nilai-nilai aesthetic (seni, keindahan & citarasa) pada gambar. Jurugambar yang pemalas ialah meletakkan hantaran itu di lantai lalu mengambil gambar dari posisi berdiri. Di sinilah kreativiti seseorang jurugambar memainkan peranan penting.

6. Mengambil Gambar Outdoor Waktu Matahari Tegak Di Atas Kepala

Matahari sewaktu tegak di atas kepala boleh menimbulkan bayang yang ketara (harsh shadow) pada muka disebabkan oleh hidung dan dahi atau tengkolok yang dipakai. Bagaimanapun, lumrah kebanyakan majlis resepsi di negara kita diadakan waktu tengahari dan ia tidak dapat dielakkan. Biasanya, detik pengantin berada di outdoor ialah semasa ketibaan. Kurangkan gambar di luar pada waktu begini kecuali berada di bawah khemah. Jurugambar yang berpengalaman sudah pasti tahu akan hal ini.

7. Tidak Merancang Waktu Sesi Penggambaran

Ramai yang tidak merancang waktu untuk sesi fotografi bermula dari awal majlis hingga tamat. Jika anda ada jadual sesi outdoor di lokasi lain, tetapkan masanya dan tinggalkan majlis secepat mungkin. Minta tetamu yang baru sampai tunggu sehingga selesai sesi outdoor anda. Jumpa dan layan mereka selepas itu. Lebih baik buat sesi outdoor pada hari lain supaya ia tidak mengganggu majlis anda.

Hujung tahun, musim cuti sekolah juga adalah musim perkahwinan. Malangnya waktu ini juga adalah musim hujan. Kalau boleh, rancang tarikh perkahwinan di awal tahun.

8. Posisi Tangan & Kaki Yang Salah

Selain dari sut perkahwinan dan set dekorasi yang anda pilih, posisi tangan & kaki yang betul adalah pelengkap kepada semua itu. Penting seseorang jurugambar mengerti bagaimana kedudukan tangan dan kaki yang sesuai untuk setiap shot. Jika dia tidak pedulikan perkara ini, gambar anda tidak akan kelihatan sempurna atau 'sedap mata memandang' walaupun pakaian dan pelamin anda sudah cukup indah dan cantik. Ia boleh merosakkan kenangan hari bersejarah anda.

9. Tertinggal Saat Penting

Contohnya, saat pengantin lelaki menyebut "tunai" semasa acara akad nikah atau detik-detik 'manis' yang berlaku secara spontan tanpa dirancang. Jurugambar yang baik selalunya sentiasa bersedia menghadapi detik-detik sebegini.

10. Bajet Terlalu Minima

Ramai yang mahukan hasil yang cantik dan berkualiti tetapi tidak sanggup mengeluarkan wang lebih. Pelanggan lebih rela membelanjakan wang lebih untuk sewa peralatan, dekorasi dan pakaian. Ada juga yang menempah pakaian pengantin berharga ribuan ringgit untuk hari perkahwinan.

Walaupun setengah orang berpendapat, murah tak semestinya tiada kualiti. Hakikatnya, kos untuk menghasilkan sebuah album storybook bukanlah murah. Ia termasuk kos percetakan, skill atau ilmu mengambil gambar yang diadaptasi demi memastikan hasil yang berkualiti, masa yang digunakan, kreativiti designer dan penat-lelah mengambil gambar sejak dari majlis akad nikah hingga selesai.

Jika diambilkira semuanya, harga sebenar untuk penghasilan sebuah album storybook tidak kurang dari RM2000. Tetapi masih ramai yang bermurah hati menawarkan harga yang begitu ekonomik serendah RM600-RM700 sebuah. Jurugambar yang menawarkan harga rendah sering menghadapi masalah produktiviti - mereka akan gagal menyiapkan album pada masa yang dijanjikan malah ada yang melakukan kerja 'last-minute'. Ia ibarat melepaskan batuk di tangga. Akhirnya pelanggan akan menyesal sebaik menerima

Tutup.

10 Perkara Bodoh Yang Anda Boleh Lakukan Kepada Business Card Anda

Artikel ditulis pada 12 Oktober 2012

Ok, kalau sebelum ni saya dah bagi sikit tips dan nasihat camne nak buat business card berkualiti dan nmpak pro, kali ni saya nak bagi tips camne nak buat perkara-perkara bodoh untuk musnahkan imej dan identiti business anda melalui business card. Ada banyak cara sebenarnya, kata orang ;"it takes a whole year to build a nation but it takes only a day to ruin your country." saya cuma nak bagi 10 cara bodoh untuk musnahkan perniagaan anda.


Baca selanjutnya...

1. Masukkan Segala Maklumat Dalam Kad

Anda nak customer tau apa yang anda ada? Masukkan saja semua jenis servis yang anda sediakan dalam kad termasuk servis urut, wakil MLM, import/export, pembekal baja, jual pakaian dalam, jual makanan basah dan kering, jual peti sejuk dan segala yang anda fikir perlu. Biarkan semua itu mengambil ruang yang besar sampai saiz font untuk nama dan nombor telefon anda terpaksa dikecilkan. Siapa peduli pasal itu semua? Kalau mereka nak baca, mereka kena pakai kanta la! Kalau boleh masukkan juga peta ke lokasi kedai anda. Kalau tak nak pening-pening, copy paste dari Google maps. Pilih satellite view yang menunjukkan gambar real.

2. Sembunyikan Maklumat Penting

Kenapa mesti ada nama dan nombor telefon? Siapa cakap penting? Letakkan saja I.D. Facebook anda dan tak perlu beri nama dan nombor telefon. Zaman sekarang semua orang pakai Facebook. Sesiapa yang dah dapat kad sepatutnya dah tau nama dan nombor telefon anda.
Kalau takde Facebook, letak saja nombor Fax dalam kad anda.

3. Guna Warna Yang Sama Untuk Latarbelakang Dan Teks

Kalau anda sukakan sesuatu warna, apa salah gunakan warna yang sama untuk latarbelakang dan teks dalam kad. Warna melambangkan sesuatu.

4. Guna Ruang Secara Optimum Dan Abaikan Margin

Selagi ada ruang, gunakan sebaik mungkin. Rugi kalau tak gunakan. Tak kisah kalau tak ada margin di setiap bahagian tepi. Margin hanya untuk orang malas. Kad anda harus ada semua maklumat hingga ke setiap ruang dan penjuru.

5. Gunakan sebanyak Mungkin Jenis Font Yang Ada

Apa guna Microsoft sediakan macam-macam jenis font dalam Windows kalau tak digunakan. Kalau boleh gunakan semua font yang ada, tunjukkan kreativiti anda.

6. Tak Perlu Ada Maklumat Di Belakang Kad

Tak perlu pertimbangkan bahagian belakang kad. Semua orang hanya tengok di depan. Biar belakang kosong.

7. Tak Perlu Letak Logo Syarikat

Logo tak penting. Ia semata-mata logo. Yang penting servis yang disediakan. Senaraikan semua servis anda biar ia kelihatan seperti flyers atau mini poster dalam saiz 2 inci x 3 inci.

8. Letak Gambar Anda

Abaikan logo. Masukkan gambar anda atau keluarga dalam kad. Kalau ada gambar anda sekeluarga sedang berpicnic. lagi bagus. Nak letak gmbr girlfriend/boyfriend anda pun boleh. Tak siapa yang halang. Kalau ada pingat atau sijil-sijil ISO dan sebagainya, masukkan gambar pingat-pingat dan sijil-sijil tu. Biar orang tau betapa bahagia dan berjayanya anda dalam perniagaan. Biar gambar bercerita, tak perlu banyak teks. A picture worth a thousand words. Ye la tu...!

9. Masukkan Kisah Kejayaan Anda

Customer tentu percaya bila mereka lihat bukti. Ceritakan kisah hidup anda dan bagaimana ia telah mengubah hidup anda menjadi seorang yang berjaya hari ini. Tulis suatu karangan yang boleh muat dalam ruang kad anda.

10, Besarkan Saiz Kad Anda

Peduli apa dengan saiz standard. Anda ada banyak maklumat nak dimasukkan dalam kad. Kalau buat saiz biasa memang tak cukup. Why not besarkan saiz kad anda, kalau boleh sebesar A5 (separuh A4). Tak salah mencuba sesuatu yang baru yang orang lain belum pernah buat. Kad anda mudah dilihat dan yang paling menyerlah di kalangan kad-kad pesaing yang lain.

------------------------

Saya pun masa mula-mula dulu pernah membuat beberapa kesilapan menghasilkan kad sendiri termasuk menggunakan 2 nombor telefon, latarabelakang hitam dan teks yg amat kecil hingga terpaksa guna kanta untuk baca. Setakat ini yg saya ingat dah lebih dari 7 jenis design kad saya guna dan pernah diedarkan di kalangan orang yg pernah berurusan dengan saya. Gmbr di atas adalah design terbaru sekali yg sudah melalui proses pembelajaran dan penambah-baikan. Kad saya makin hari semakin simple.

Tutup.

Perihal Rekabentuk Business Card: Kesilapan Tersembunyi Dalam Rekaan Business Card

Artikel ditulis pada 10 Oktober 2012

Kebanyakan orang apabila membuat business card, mereka tidak sedar ada banyak kesilapan rekaan yang tidak boleh dimaafkan berlaku kepada business card mereka sendiri. Sama ada dihasilkan sendiri menggunakan perisian grafik atau mengupah pihak ketiga melakukannya, kesilapan-kesilapan tertentu pada business card ini


Baca selanjutnya...

boleh mencemarkan reputasi perniagaan anda malah ia boleh merendahkan martabat anda sendiri. Selain dari flyers, brochure, pamplet - business card boleh diibaratkan 'salam perkenalan' kepada bakal pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan atau produk anda. Jika pandangan pertama sudah mendedahkan kesilapan-kesilapan kecil pada business card anda, pelanggan mungkin tidak berminat dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Bayangkan apa kaitan di antara business card dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan saya tetapi bayangkan jika perkhidmatan anda ada kaitan yang rapat dengan hal-hal yang melibatkan kreativiti dan senireka seperti graphic designer, interior designer, photographer atau pelukis. Bagi golongan ini, business card boleh disifatkan sebagai 'first impressioner' untuk mengumpan perhatian bakal pelanggan. Berikut saya ingin senaraikan sebahagian kesalahan-kesalahan biasa ditemui yang boleh dianggap melanggar etika seni kreatif.

Kesalahan Ejaan

Contoh yang paling mudah ialah kesilapan dari segi ejaan dan penggunaan tatabahasa. Contohnya, perkataan 'penggambaran' mengandungi dua 'g'. Jika anda seorang jurugambar atau juruvideo, anda meletakkan perkataan 'pengambaran' dimana anda telah tersilap mengeja atau kesilapan dilakukan semasa proses rekabentuk dilakukan. Ia sudah cukup memberitahu bakal pelanggan bahawa anda seorang yang tidak cermat. Akhirnya pelanggan tidak begitu yakin dengan kebolehan anda untuk melakukan tugas yang diminta. Itu belum lagi kesilapan besar yang mungkin berlaku seperti tertinggal satu-dua huruf penting dari 'penggambaran' menjadi 'pengambara'.

Kerana kesilapan sebegini, lambat-laun ia bakal memusnahkan perniagaan anda. Begitu juga dengan penggunaan bahasa sama ada Inggeris atau Bahasa Melayu. Perkataan 'jurugambar' dalam Bahasa Melayu manakala 'photographer' dalam Inggeris. Jika anda mengeja 'fotographer', ia kesilapan yang amat ketara kerana tiada perkataan sebegini dalam kamus Dewan Bahasa mahupun Oxford Dictionary. Pelanggan yang bijak mungkin menganggap anda mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris. Saya telah menemui berbagai jenis kesilapan dari kad-kad perniagaan yang diterima dari kenalan dan orang-orang yang pernah berurusan dengan saya. Antara kesilapan lain seperti ejaan 'Landscape' ditulis sebagai 'Lanscape' (hilang huruf 'd'), perkataan 'potret' atau 'portrait' dieja 'potrait', 'catering' dieja 'ketering' dan sebagainya.

Kelemahan Tatabahasa

Ada juga yang masih tidak mengerti menggunakan bahasa yang enak. Contohnya, senarai jenis perkhidmatan yang disediakan. Selepas satu senarai yang panjang, di akhir sekali terdapat ayat 'P.A. Sistem Juga ada', atau 'Bilik Mesyuarat Juga Ada'. Ini seolah-olah anda menyatakan kepada pelanggan perkhidmatan yang mereka tidak perlukan.

Maklumat Berganda

Ada sebahagian orang suka meletakkan dua alamat e-mel dan dua nombor telefon bimbit dalam satu kad. Mentang-mentanglah ada banyak telefon bimbit, semuanya nak disumbatkan ke dalam business card. Apa tujuan sebenarnya tidak dapat dipastikan. Ia menyusahkan pelanggan. Pelanggan terpaksa pula membuat keputusan sama ada menghubungi anda melalui e-mel atau nombor pertama atau kedua. Seelok-eloknya jangan menyusahkan bakal pelanggan anda. Anda tidak perlukan berbilang nombor dan alamat e-mel. Pastikan setiap panggilan dijawab atau aktifkan panggilan menunggu jika ada lebih dari satu panggilan serentak. Pelanggan tiada masa memikirkan semua itu. Mereka hanya mahukan perkhidmatan anda, bukan mahu melihat berbilang alamat e-mel anda. Maklumat yang berlebihan membuatkan business card anda kelihatan lebih buruk dan tidak professional.

Perkhidmatan Rojak

Katakanlah anda seorang jurugambar dalam masa yang sama anda juga melakukan kerja-kerja separuh-masa yang tiada kena-mengena dengan bidang fotografi seperti menjadi ejen insuran, penjual kereta dan jualan langsung. Semuanya anda senaraikan di dalam sekeping kad seolah-olah seperti 'one-stop centre'. Kaedah sebegini juga tidak sesuai diamalkan kerana ia menyukarkan pelanggan. Ia membuatkan tahap keyakinan mereka semakin tipis kerana mungkin mereka menganggap anda seorang yang tidak mampu fokus kepada sesuatu pekerjaan atau lebih teruk lagi jika mereka anggap anda kaki putar-belit. Adalah lebih baik diasingkan jenis-jenis kad mengikut bidang perkhidmatan yang disediakan supaya pelanggan mudah mengkategorikan senarai vendor di dalam buku kad atau planner mereka mengikut portfolio. Jangan lokek mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan pemasaran. Harga cetakan kad hari ini semakin murah.

Maklumat Yang Salah

Satu lagi kesilapan yang amat memalukan ialah meletakkan huruf 'www' dipangkal alamat e-mel seperti 'www.sipolan123@gmail.com' - emel dari pelanggan tidak akan pernah sampai ke dalam inbox anda.

Semak & Berserabut

Satu lagi jenis kesilapan yang paling biasa ditemui ialah penggunaan elemen-elemen yang pelbagai dan keterlaluan, susunan yang tidak teratur atau semak, penggunaan warna yang tidak sepadan dan font-font yang berbagai jenis. Ia bukan saja membuat mata pelanggan jadi juling, malah menjadikan fikiran mereka semakin kusut. Bayangkan jika pelanggan anda seorang yang buta warna. Ia bakal membuatkan mereka lupakan saja tentang anda atau lebih malang lagi kad anda dihumban ke dalam tong sampah. Kata sebahagian orang, 'less is more'. Jangan khuatir tentang maklumat ringkas yang anda paparkan dalam kad anda. Ringkas menandakan kekemasan dan kualiti. Jika pelanggan benar-benar memerlukan perkhidmatan anda, mereka pasti akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Kalau begitu, 'more is less'...atau 'lebih banyak bermaksud semakin kuranglah!' Mungkin ya...! Kerana maklumat berlebihan yang dipaparkan mungkin membuatkan pelanggan sudah tahu apa yang anda tidak mampu tawarkan! Anda yang membuatkan diri anda 'predictable'.

Begitulah sedikit pandangan ikhlas dan sedikit tips dari saya tentang isu pencerobohan seni yang telah merosakkan seni itu sendiri berlaku pada hari ini. Jika anda seorang jurugambar, cukuplah nyatakan sebagai 'Photographer' dalam kad anda kerana ia meliputi semua bidang fotografi dari perkahwinan, fotografi produk, pengiklanan, landscape, macro dan sebagainya. Jika anda menghadkan bidang anda dalam foto perkahwinan sahaja, cukuplah nyatakan sebagai 'Wedding Photographer' sahaja, tak lebih dari itu. Diharap tips-tips yang diberikan dapat membantu anda menentukan rekabentuk kad perniagaan anda supaya kelihatan lebih profesional dan mampu menarik seramai yang mungkin pelanggan mendapatkan khidmat atau membeli produk anda.

Tutup.

Legend:

Photography

Graphic Design

Web Design

Impressed with our work? HIRE US NOW!

Site designed & developed by Adzhar Ali